Sunday, May 11, 2025
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    Final Miami: Federer berdepan Nadal

    MIAMI, 2 April – Roger Federer (gambar) menewaskan Nick Kyrgios dari Australia 7-6 (11/9), 6-7 (9/11), 7-6 (7/5) dalam perlawanan menarik pada Jumaat lalu untuk bertemu dengan Rafael Nadal dalam final Terbuka Miami.

    Federer dan Kyrgios menghasilkan beberapa pukulan luar biasa dalam perlawanan sengit menarik separuh akhir yang mana penonton di Key Biscayne kekal di kerusi mereka bagi perlawanan yang berlangsung hampir tiga jam dan sepuluh minit tersebut.

    Apabila Federer memenangi ‘tie-break’ ketiga, Kyrgios yang dalam keadaan marah menghempaskan raketnya sebanyak tiga kali kerana kekecewaan.

    “Ia dirasakan bagus. Anda tidak kerap beraksi dengan tiga ‘break’ dalam satu perlawanan. Memenangi ‘break’ selalu mengujakan,” kata Federer yang menikmati aspek persaingan dalam perlawanan itu.

    “Saya cuba untuk bersaing,” katanya. “Saya tidak selalu menunjukkan kemahiran persaingan saya, ia adalah hebat untuk menang dengan cara ini.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda