Saturday, May 10, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Final Piala FA ditetapkan 1 Ogos

    LONDON, 29 MEI – Final Piala FA dijadualkan berlangsung pada 1 Ogos selepas Persatuan Bola Sepak Inggeris mengumumkan tarikh sementara untuk menamatkan perlawanan hari ini.

    Selepas Liga Perdana Inggeris mendedahkan rancangannya untuk mengadakan kembali perlawanan musim ini pada 17 Jun nanti, Piala FA kini kembali ke senarai perlawanan Inggeris yang terjejas akibat koronavirus.

    Piala FA dihentikan sebelum suku akhir akibat wabak itu, tetapi penganjur kejohanan berharap dapat menyelesaikannya seperti yang berlaku dalam Liga Perdana Inggeris.

    Keempat-empat perlawanan dalam lapan terakhir akan dilangsungkan pada hujung minggu 27 dan 28 Jun, dengan belum ada keputusan sama ada ia akan dilangsungkan secara home-and-away seperti biasa atau di tempat-tempat neutral. Leicester menentang Chelsea, Newcastle berdepan dengan Manchester City, Sheffield United bertemu dengan Arsenal dan Norwich bertemu Manchester United.

    Separuh akhir akan dilangsungkan pada 11 dan 12 Julai, dengan tujuan untuk perlawanan tersebut dan final akan dilangsungkan di Wembley seperti biasa.

    Semua perlawanan akan dilangsungkan di sebalik pintu tertutup. Berita itu akan menjadi pendorong kepada FA dari perspektif kewangan, dengan ketua eksekutifnya Mark Bullingham memberi amaran pada bulan April mengenai badan kelab itu mengalami kerugian sehingga AS$184 juta akibat terjejas oleh krisis kesihatan.

    “Perlawanan tidak dapat dipisahkan dari kalendar bola sepak Inggeris selama hampir 150 tahun, dan kami ingin mengucapkan terima kasih kepada eksekutif dan kelab Liga Perdana Inggeris atas sokongan mereka dalam menjadualkan baki perlawanan semula,” kata Bullingham hari ini. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda