LISBON, 21 OGOS – Beberapa orang pemain yang kurang dikenali mungkin menjadi penentu dalam final Liga Juara-Juara (UCL) pada Ahad ini. Walaupun kebanyakan akan menyaksikan penyerang Paris Saint-Germain, Neymar dan Kylian Mbappe atau pemain dari Bayern Munich, Thomas Muller dan Robert Lewandowski, namun kejuaraan mungkin akan ditentukan oleh pemain seperti Angel Di Maria dan Serge