Final Western Conference Lakers pertama dalam 10 tahun

MIAMI, 13 SEPT – LeBron James menjaringkan 29 mata, 11 rebound dan tujuh assist ketika Los Angeles Lakers mara ke final Western Conference NBA pertama mereka dalam masa sedekad dengan kemenangan 119-96 ke atas Houston Rockets kelmarin.

Anthony Davis mencatatkan 13 mata dan 11 rebound, Kyle Kuzma menjaringkan 17 mata dan Markieff Morris menamatkan perlawanan dengan 16 mata untuk Lakers, yang menyingkirkan Rockets dalam lima perlawanan dalam gelembung kuarantin di Orlando, Florida.

Los Angeles mara ke final NBA mereka buat kali pertama sejak Kobe Bryant menjulang Lakers menewaskan Phoenix untuk kejuaraan conference dan menewaskan Boston untuk kejuaraan NBA 2010, kali terakhir mereka menang.

“Sebab saya mahu menjadi sebahagian daripada pasukan ini adalah untuk membawa mereka ke tempat yang sepatutnya iaitu bersaing untuk kejuaraan,” kata James.

“Ia merupakan satu penghargaan buat saya untuk menyarung jersi ungu dan emas dan untuk kami berusaha meneruskan legasi dan bermain bola keranjang yang hebat untuk peminat”.

Ini merupakan final conference kali ke-11 buat James tetapi apabila ditanya oleh wartawan mengenai apa yang dia rasa, dia mengalihkan perbualan untuk bercakap mengenai rakan sepasukannya secara menyeluruh.

“Setiap perlawanan ada pengalaman yang boleh dipelajari untuk kami. Setiap perlawanan ada satu lagi peluang buat kami untuk menjadi lebih baik. Kami ingin terus membina,” kata James.

Mereka bakal bertemu sama ada Los Angeles Clippers atau Denver Nuggets dalam perlawanan playoff seterusnya. Clippers ketika ini mendahului siri dengan 3-2. Lakers bermula dengan permulaan yang cemerlang dalam siri, mendominasi perlawanan pembukaan untuk mendahului 35-20 pada penghujung suku pertama.

Mereka terleka dalam permulaan suku kedua apabila Houston buat seketika merapatkan kedudukan kepada tujuh mata, 38-31. – AFP

Reaksi LeBron James selepas berjaya menjaringkan percubaan tiga mata ketika menentang Houston Rockets. – AP