Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Finalissima Wanita: England benam Brazil

    LONDON, 7 APRIL – England menewaskan Brazil 4-2 dalam penentuan sepakan penalti yang dramatik untuk memenangi Finalissima Wanita pertama kali di Wembley kelmarin, dengan wira Euro 2022, Chloe Kelly menjaringkan sepakan penalti selepas seri 1-1.

    Juara Eropah kendalian Sarina Wiegman itu berada di landasan untuk meraih kemenangan tipis selepas mendominasi separuh masa pertama menerusi jaringan yang disudahkan oleh Ella Toone.

    Tetapi juara Copa America Femenina, Brazil berubah selepas waktu rehat dan mengancam untuk menguasai perlawanan apabila Andressa Alves merembat masuk dari jarak dekat pada minit ke-93.

    Tanpa masa tambahan, permainan terus ke sepakan penalti. Georgia Stanway, Rachel Daly dan Alex Greenwood menjaringkan gol dari sepakan penalti untuk meletakkan England 3-1 di hadapan.

    Kerolin mengekalkan saingan itu tetapi Kelly yang menjaringkan gol kemenangan dalam perlawanan akhir Kejohanan Eropah di Wembley tahun lepas, menjaringkan gol dengan
    tenang untuk memastikan kemenangan buat England. – AFP

    Kapten pasukan England, Leah Williamson, dan penjaga gol, Mary Earps menjulang trofi selepas menewaskan Brazil 4-2 dalam penentuan sepakan penalti untuk memenangi perlawanan bola sepak Finalissima Wanita antara England dan Brazil di stadium Wembley di London, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda