Friday, October 18, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Financial Fair Play diperkenal dalam Liga-M 2024/2025

    KUALA LUMPUR, 29 APRIL – Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengumumkan pengadaptasian Financial Fair Play (FFP) ke dalam kancah saingan Liga Malaysia (Liga-M) bagi musim 2024/2025.

    MFL dalam kenyataan memaklumkan satu kajian telah dilakukan Unit Pelesenan Kelab MFL bagi menyesuaikan ia dengan ekosistem bola sepak tanah air serta merujuk FFP kepada Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).

    “Hasil kajian, sistem yang disesuaikan untuk keperluan Liga-M bagi pelaksanaan FFP itu telah dipersetujui Ahli Lembaga Pengarah MFL menerusi mesyuarat yang diadakan pada 6 Mac lepas.

    “Tahun pertama FFP dalam Liga-M dilihat sebagai tahun pengenalan untuk memantau pembayaran gaji pemain dan pegawai yang menjadi isu utama dihadapi dalam liga serta meningkatkan tanggungjawab kelab dalam memastikan kestabilan kewangan yang kukuh,” menurut kenyataan itu. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda