KUALA LUMPUR – Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) berusaha menangani aktiviti cetak rompak digital yang semakin berleluasa dengan menubuhkan jawatankuasa khas. Pengerusinya, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib, berkata Jawatankuasa Khas Banteras Cetak Rompak Digital akan dipengerusikan oleh Ketua Pengarah perbadanan berkenaan, Datuk Fauzi Ayub, dan bakal dianggotai oleh pihak berkaitan seperti Kementerian Perdagangan Dalam