Wednesday, March 12, 2025
28.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Finas jadikan isu Ellie Suriaty, Imran Bard contoh buli siber

    ISU membabitkan pelakon Ellie Suriaty dan pempengaruh Imran Bard yang hangat diperkatakan sebelum ini adalah contoh jelas perbuatan buli siber di media sosial.

    Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), Datuk Azmir Saifuddin Mutalib berkata disebabkan itu pengguna media sosial perlu bijak dan berhati-hati apabila meninggalkan komen atau reaksi mereka mengenai sesuatu isu.

    “Tanpa disedari, kita boleh menjadi penyumbang kepada buli siber jika tidak berhati-hati membuat sesuatu komen atau reaksi dalam media sosial.

    “Pengguna media sosial perlu peka dan tahu had sebelum membuat sesuatu perkara. Janganlah sehingga perkara buruk berlaku baru kita ambil tindakan.

    “Kita jangan lupa agama dan budaya kita menekankan pentingnya adab dan kesusilaan berkomunikasi termasuk menyediakan atau menghasilkan konten di alam maya dan platform media sosial. Jadikan isu ini sebagai pengajaran buat semua,” katanya.

    Sementara itu, Azmir berkata, Finas ada menerima aduan daripada Ellie, 54, yang kecewa dengan kejadian menimpanya.

    Azmir berharap kedua-dua pihak dapat menyelesaikan kemelut itu secara baik sekali gus menjadi pengajaran kepada orang ramai.

    “Saya berharap mereka dapat berjumpa dan bersemuka untuk selesaikan isu ini dengan baik.

    “Saya pasti, bila ia dapat diselesaikan dengan baik, ini akan menjadi satu contoh yang baik kepada semua,” katanya lagi.

    Ellie luah rasa kecewa tindakan biadap Imran. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda