Friday, December 27, 2024
25.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Finau positif, disingkirkan di PGA Las Vegas

    LOS ANGELES, 7 OKT – Pemain golf Amerika Syarikat (AS), Tony Finau dikeluarkan dari Terbuka Hospital Shriners minggu ini di Nevada setelah disahkan positif untuk COVID-19, Jelajah PGA mengesahkan kelmarin.

    Finau, yang merupakan pemain nombor ke-16 dunia, memperoleh ujian positif semasa saringan pra-kejohanan untuk acara yang diadakan di TPC Summerlin di Las Vegas, kata jelajah itu dalam satu kenyataan. Finau kemudian mengesahkan bahawa beliau disahkan positif virus itu dalam satu kenyataan ringkas di Twitter.

    “Awal hari ini, saya mendapat keputusan positif COVID-19 di bawah protokol ujian di tempat Jelajah PGA dan telah memulakan tempoh kuarantin saya untuk melindungi orang lain di sekitar saya,” kata Finau.

    “Saya merasa baik, dan sebaliknya saya bersemangat,” tambah Finau, yang kini tempatnya di kejohanan telah digantikan oleh Bronson Burgoon. Finau, 31, tidak bermain sejak Terbuka AS bulan lalu, di mana dia terikat seri dengan empat pemain lain berada di tempat kelapan. – AFP

    Gambar fail pada 19 September lalu menunjukkan aksi Tony Finau dari Amerika Syarikat semasa pusingan ketiga Kejuaraan Terbuka AS ke-120 di Winged Foot Golf Club di Mamaroneck, New York. Tony Finau disingkirkan dari Terbuka Hospital Shriners minggu ini di Nevada setelah disahkan positif COVID-19 semalam. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda