Thursday, March 23, 2023
22.9 C
Brunei

-

Finland bakal kemuka permohonan sertai NATO minggu depan

TOKYO, 13 MEI – Finland mungkin memohon untuk menyertai NATO ‘pertengahan minggu depan,’ kata Menteri Luar Pekka Haavisto, menurut Sputnik.

“Jika mendapat kelulusan parlimen, kami akan melakukannya pada pertengahan minggu depan. Sweden juga sedang mempertimbangkan tempoh yang sama,” kata menteri itu seperti dipetik NHK.

Menteri itu menegaskan bahawa Finland mahu mengekalkan keamanan di sempadan dengan Rusia tetapi harus bersedia untuk hadapi sebarang perkembangan. – Bernama

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea S, Jepun perlu lupakan sejarah lampau

SEOUL, 21 MAC - Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol hari ini berkata hubungan dua hala antara Korea Selatan dan Jepun perlu bergerak ke...
- Advertisment -