Saturday, May 10, 2025
31 C
Brunei

    Berita Terkini

    Finland, Denmark sekat penerbangan Rusia

    HELSINKI, 27 FEB – Finland dan Denmark hari ini berkata mereka akan menutup ruang udara mereka kepada pesawat Rusia, menyertai negara Eropah lain dalam meningkatkan sekatan terhadap Moscow atas pencerobohannya ke atas Ukraine.

    Finland, yang berkongsi sempadan 1,300 kilometer dengan Rusia, “sedang bersiap untuk menutup ruang udaranya kepada penerbangan udara Rusia,” tulis Menteri Pengangkutan Timo Harakka dalam laman Twitternya.

    Beliau tidak menyatakan bila langkah itu akan berkuat kuasa.

    Menteri Luar Denmark, Jeppe Kofod berkata di laman Twitternya bahawa negaranya juga akan “menutup ruang udaranya untuk pesawat Rusia”.

    “Pada mesyuarat menteri luar EU hari ini, kami akan mendesak larangan seluruh EU,” kata Kofod.

    Finland dan Denmark akan menutup ruang udara mereka dari menerima pesawat Rusia.

    Oleh itu, beberapa negara lain seperti Bulgaria, Republik Czech, Estonia, Jerman dan Poland telah menutup ruang udara mereka untuk penerbangan Rusia, memaksa pesawat Rusia ke arah barat terpaksa berpatah balik.

    Moscow, bagi pihaknya juga telah melarang pesawat dari negara berkenaan daripada terbang di atas wilayahnya. Pesawat berdaftar Finland, Finnair, pakar dalam penerbangan antara Eropah dan Asia yang terbang melintasi Rusia, tetapi perkhidmatannya kini menjadi terhad disebabkan sekatan kemasukan Asia akibat pandemik koronavirus.

    Finland juga dijadualkan untuk meluluskan penghantaran konsainan jaket kalis peluru, topi keledar dan hospital bergerak ke Ukraine. Helsinki juga telah meluluskan penghantaran sekitar 40 senjata artileri ke Ukraine. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda