ALBUQUERQUE – Tinggalan nenek moyang suku kaum asli Amerika yang pernah menjadikan tebing Taman Negara Mesa Verde sebagai kediaman mereka akan dipulangkan sebagai sebahagian daripada perjanjian antara Finland dan Amerika Syarikat.
Rumah Putih baru-baru ini telah mengumumkan satu perjanjian mengenai tinggalan mayat iaitu sekitar 20 hingga 28 yang telah diambil dari kawasan Mesa Verde lebih dari 100 tahun yang lalu. Sisa-sisa dan artifak itu digali semasa penggalian oleh seorang penyelidik Sweden pada tahun 1891 dan akhirnya menjadi sebahagian daripada koleksi Muzium Nasional Finland.
Presiden Donald Trump dan Presiden Finland, Sauli Niinisto mengakui akan kesucian artifak tersebut khususnya kepada suku kaum dan budaya di rantau Mesa Verde, yang terkenal dengan ratusan rumah batu yang dibina oleh penduduk awal di kawasan tersebut, kata Setiausaha Dalam Negeri AS, David Bernhardt.
Perjanjian tersebut memastikan mayat dan artifak tersebut dibawa ke tempat yang sebetulnya di AS, kata Bernhardt. Pengerusi Hopi Tribe, Clark Tenakhongva berkata bahawa puak-puak ini berharap akan dapat menerima koleksi itu pada awal tahun depan dan memastikan barang-barang tersebut dikebumikan di kawasan tersebut di mana ia diambil, disertai dengan satu upacara budaya.
“Saya tahu kita akan bekerjasama sebagaimana puak asli mempunyai minat terhadap barangan ini,” kata Tenakhnongva. “Bagaimana kami memproses-nya akan menjadi satu perancangan yang teliti supaya kami tidak melakukan apa-apa kemudaratan sebagaimana yang telah dilakukan sebelum ini,” tambahnya. “Lokasi perkuburan yang tepat tidak akan didedahkan bagi menggelakkan gangguan,” jelasnya.


“Artifak tersebut perlu dikembalikan supaya ia boleh kembali ke dunia rohnya, di dunia yang sepatutnya,” katanya.
Perjanjian tersebut berjaya dicapai berikutan penggu-bal undang-undang AS telah mengharamkan pengumpul dan vendor daripada mengeksport barangan-barangan purba suku kaum asli Amerika Syarikat. Cadangan tersebut adalah satu usaha bagi mendapatkan kembali barangan asli Amerika yang telah dipamerkan di blok lelongan di Paris.
Pada tahun 2016, peniaga dari Perancis terpaksa menghentikan penjualan perisai upacara dari Acoma Pueblo, sebuah perkampungan asli Amerika Barat di Albuquerque. Pemimpin dari puak New Mexico mengatakan bahawa perisai itu diambil dari kampung mereka beberapa dekad lalu. Mahkamah persekutuan awal tahun ini menyeru perisai itu dikeluarkan dari kedutaan AS di Paris supaya ia boleh dikembalikan.
Kerjasama
Usaha untuk mengembalikan tinggalan Mesa Verde itu bermula pada tahun 2016 apabila suku kaum yang dikaitkan dengan taman itu mula bekerja dengan Muzium Finlandia bagi mengenal pasti sisa-sisa manusia dan artifak tinggalan. Satu inventori telah siap pada tahun lepas. Pegawai-pegawai persekutuan membuat perancangan bagi pemindahan peninggalan dan artifak kepada suku kaum asli AS dan pueblos.
Suku kaum Hopi di Timur Arizona adalah antara mereka yang mengetuai usaha mengembalikan usaha tersebut.
Suku kaum yang lain mempunyai hubungan dengan Mesa Verde termasuk Navajo, yang merangkumi beberapa bahagian Arizona, New Mexico dan Utah.
Presiden Navajo Jonathan Nez berkata bahawa perjanjian itu merupakan satu langkah ke arah yang betul. “Ia merupakan satu isu yang tidak disenangi oleh pelbagai masyarakat kaum asli termasuk Navajo,” kata Navajo.
E.Paul Torres, Pengerusi Majlis Gabenor Pueblo berkata bahawa pemimpin mengharapkan pemulangan itu dilaksanakan dan dianggap sebagai artifak kebudayaan bagi menjejak warisan nenek moyang yang terdahulu untuk kepentingan masyarakat asli pada masa hadapan.
Penggalian lebih daripada satu abad yang lalu oleh penyelidik Gustaf Nordenskiold mengakibatkan penangkapannya pada tahun 1891 ketika ia mencuba untuk mengeksport koleksi tersebut. Dia kemudian dibebaskan kerana tidak ada undang-undang AS ketika itu dikuatkuasakan.
Pegawai-pegawai Hopi berkata bahawa kes itu membantu bagi mempengaruhi persepsi orang ramai tentang kepentingan melindungi sumber-sumber budaya.
Kemudian, Akta Antiquities 1906 telah diterima pakai dan Mesa Verde dirasmikan sebagai taman negara. – AP