Thursday, February 6, 2025
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Finland sah anggota NATO

    ISTANBUL, 31 MAC – Perhimpunan Kebangsaan Turkiye mengesahkan protokol keanggotaan Finland dalam NATO, kata Timbalan Speaker, Haydar Akar.

    “Untuk pengesahan protokol mengenai penyertaan Finland ke NATO telah menerima 276 undi. Tahniah kepada Finland dan rakyatnya,” kata Akar.

    Sementara itu, Presiden Finland Sauli Niinisto menjangkakan Sweden juga akan menyertai pakatan itu secepat mungkin, lapor Sputnik.

    “Semua 30 anggota NATO kini telah mengesahkan keanggotaan Finland. Terima kasih kepada setiap daripada mereka atas kepercayaan dan sokongan mereka. Finland akan menjadi sekutu yang kuat dan berkebolehan serta komited terhadap keselamatan Perikatan.

    “Finland kini bersedia untuk menyertai NATO. Kami tidak sabar untuk mengalu-alukan Sweden menyertai kami secepat mungkin,” kata Niinisto di Twitter.

    Setiausaha Agung NATO, Jens Stoltenberg berkata penyertaan Finland ke dalam blok itu akan menjadikan NATO lebih kuat dan selamat.

    “Saya mengalu-alukan undian Perhimpunan Kebangsaan Turkiye untuk melengkapkan pengesahan penyertaan Finland,” kata Stoltenberg di Twitter. – Bernama

    Parlimen Turkiye mengundi untuk meluluskan permohonan Finland untuk menyertai NATO di Ankara pada 30 Mac 2023. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda