MILAN, 28 APRIL – Fiorentina akan berdepan Inter Milan pada final Piala Itali selepas seri tanpa jaringan dengan Cremonese sekali gus mara dengan agregat 2-0.
Skuad Tuscan itu tidak pernah menjulang trofi utama sejak kali terakhir memenangi piala itu pada 2001.
Namun pasukan ken-dalian Vincenzo Italiano kini menikmati musim yang cemerlang selepas turut mara ke separuh akhir Liga Konferens Eropah.
Mereka berpeluang mengulangi kemenangan di Rom selepas menewaskan Inter di San Siro pada awal bulan ini.
Cremonese yang mencipta kejutan dengan menyingkirkan Napoli dan Roma daripada kejohanan untuk mara ke peringkat empat terakhir tetapi musim mereka kini nampaknya sudah berakhir, dan bakal kembali ke Serie B.
Skuad Davide Ballardini menduduki tangga kedua tercorot dalam saingan liga tertinggi Itali, lapan mata daripada zon selamat dengan saingan musim hanya berbaki tujuh perlawanan. – AFP
