Thursday, March 23, 2023
22.4 C
Brunei

-

Fiorentina tundukkan Roma

PARIS, 10 MEI – Fiorentina menjaringkan dua gol dalam 11 minit pertama semasa menewaskan Roma 2-0 kelmarin untuk kembali ke kedudukan ketujuh Serie A.

Dalam perlawanan yang kurang bertenaga dari kedua-dua pasukan, Nicolas Gonzalez menyempurnakan sepakan penalti yang diberikan pada minit kelima selepas dia dijatuhkan oleh Rick Karsdorp.

Enam minit kemudian barisan pertahanan Roma memberikan Giacomo Bonaventura masa untuk membenamkan rembatan gol di sudut bawah gawang.

Jurulatih Roma, Jose Mourinho memilih sembilan daripada 11 kesebelasan utama yang seri di Leicester pada Khamis lalu untuk mara ke pusingan Liga Europa tetapi pasukan itu masih melebarkan rekod tanpa kemenangan liga kepada lima perlawanan.

Fiorentina pula menamatkan empat perlawanan tanpa kemenangan dan memintas Atalanta untuk naik ke tangga ketujuh, yang musim ini akan membawa kelayakan ke Liga Persidangan Europa.

Kedua-dua pasukan berkongsi mata dengan Roma yang mengekori Lazio dengan tiga mata.

Kedua-dua kelab Rom tersebut juga berjaya menduduki dua tempat di Liga Europa. – AFP

 

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea S, Jepun perlu lupakan sejarah lampau

SEOUL, 21 MAC - Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol hari ini berkata hubungan dua hala antara Korea Selatan dan Jepun perlu bergerak ke...
- Advertisment -