HONG KONG, 28 NOV — SenseTime, sebuah syarikat kecerdasan buatan (AI) utama China, telah menolak dakwaan oleh sebuah syarikat penyelidikan bahawa ia telah meningkatkan pendapatannya secara palsu.
“SenseTime percaya laporan itu tiada merit dan mengandungi dakwaan tidak berasas serta kesimpulan dan tafsiran yang mengelirukan,” kata syarikat itu hari ini dalam satu notis kepada bursa saham Hong Kong, selepas sahamnya jatuh hampir 10 peratus berikutan pengeluaran laporan oleh Grizzly Research LLC.
“Ia juga menunjukkan kekurangan pemahaman terhadap model perniagaan dan struktur pelaporan kewangan syarikat, dan kekurangan pembacaan menyeluruh mengenai pemfailan awam syarikat,” kata SenseTime.
Syarikat itu berkata ia sedang menyemak dakwaan itu dan akan ‘mempertimbangkan tindakan yang sesuai untuk diambil bagi melindungi kepentingan semua pemegang saham’.
SenseTime terkenal dengan teknologi pengecaman mukanya. Ia melancarkan chatbot gaya ChatGPT kepada orang ramai pada Ogos lalu.
Laporan Grizzly mendakwa bahawa SenseTime menggunakan skim penipuan pendapatan untuk meningkatkan data jualannya. – AP

Gerai untuk SenseTime menunjukkan imej yang dijana oleh AI semasa Persidangan AI Dunia di Shanghai pada 5 Julai lalu. – AP
Artikel sebelum iniBincang amalan Doa Taubat dan Zikir Munajat
Artikel seterusnyaPremier dokumentari hentam Hamas gagal dapat sambutan