Tuesday, October 3, 2023
33.4 C
Brunei

    -

    Firma bilionair HK jual saham fintech

    HONG KONG, 4 OGOS – Firma bilionair Hong Kong, Li Ka-shing menjual sahamnya dalam syarikat induk fintech baharu, AMTD Digital, menurut kenyataan yang dikeluarkan hari ini, selepas syarikat itu menikmati peningkatan harga saham minggu ini.

    AMTD Digital yang berpangkalan di Hong Kong bernilai lebih AS$203 bilion ketika pasaran New York ditutup kelmarin, menjadikannya syarikat kewangan kelima terbesar di dunia di atas kertas, lapor Bloomberg.

    AMTD Digital disenaraikan hanya tiga minggu lalu dan melaporkan hasil sebanyak AS$25 juta untuk tahun kewangan yang berakhir pada April 2021. Kumpulan CK Li berkata dalam satu kenyataan yang ia memegang kurang empat peratus daripada syarikat induk AMTD Digital, Kumpulan AMTD dan telah mengadakan rundingan untuk menjual saham-saham tersebut. CK menambah ia tidak mempunyai perwakilan dalam lembaga pengarah Kumpulan AMTD dan tidak mempunyai urusan perniagaan mahupun pegangan saham dalam AMTD Digital secara langsung.

    Penjualan itu akan memisahkan CK dan pengasas AMTD Digital, Calvin Choi, bekas jurubank pelaburan yang merayu tegahan dikenakan oleh pengawal selia Hong Kong kerana gagal mendedahkan konflik kepentingan. CK Li berkata empat peratus sahamnya adalah baki daripada jualan hampir sedekad lalu, di mana CK menjual sebahagian besar saham Kumpulan AMTDnya. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    24 termasuk 12 anak damit maut dalam 24 jam di hospital

    NEW DELHI, 3 OKT - Sekurang-kurangnya 24 pesakit, separuh daripadanya anak damit baru lahir telah meninggal dunia dalam tempoh 24 jam lepas di sebuah...