Friday, November 15, 2024
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Firma China bina pelabuhan utama di Sri Lanka

    COLOMBO, 1 MEI – Sebuah firma milik kerajaan China mengatakan hari ini, ia merancang untuk mengambil pelaburannya di Sri Lanka hingga AS$2 bilion dengan membina hab logistik utama.

    Sri Lanka sedang berusaha untuk memulakan pemulihan ekonominya selepas gagal membayar hutang asingnya tahun lalu, apabila kekurangan keperluan penting seperti makanan, bahan api dan ubat-ubatan mencetuskan bantahan anti-kerajaan yang meluas.

    Pelaburan oleh Kumpulan Pedagang China dalam kompleks logistik besar di Pelabuhan Colombo, dengan anggaran kos pembinaan sebanyak AS$392 juta, merupakan pelaburan asing utama pertama di Sri Lanka sejak berlaku tunggakan hutang.

    Projek pusat logistik itu akan mengambil “pelaburan terkumpul CMG di Sri Lanka kepada lebih AS$2 bilion, menjadikannya perusahaan pelaburan asing terbesar di pulau itu,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan hari ini.

    CMG akan mempunyai 70 peratus kepentingan dalam syarikat yang ditubuhkan untuk membina kompleks logistik di Colombo, satu-satunya pelabuhan laut dalam antara Dubai dan Singapura.

    Sambil menyifatkan projek itu sebagai hab logistik terbesar di Asia Selatan, CMG berkata, ia menjangka untuk menyiapkannya menjelang akhir 2025.

    CMG juga menguruskan pelabuhan di hujung selatan Sri Lanka. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda