Friday, September 30, 2022
23.4 C
Brunei

Firma gas Jerman rayu bantuan susulan lonjakan harga tenaga

-

BERLIN, 9 SEPT – Syarikat gas Jerman, VNG, menjadi firma tenaga Eropah yang terbaharu dalam usahanya untuk meminta bantuan kerajaan ketika aliran saluran paip Rusia yang berkurangan telah menaikkan harga tenaga dan menyebabkan tekanan ke atas perniagaan.

VNG, pengimport gas dan operator penyimpanan ketiga terbesar di Jerman, meminta bantuan untuk mengelakkan kerosakan selanjutnya dan mengekalkan keupayaan kumpulan itu untuk beroperasi, katanya dalam satu kenyataan.

Rusia secara perlahan-lahan telah mengurangkan bekalan gas ke Eropah berikutan pencerobohan Ukraine, menyebabkan harga bahan api itu melonjak.

Kontrak yang tidak dipenuhi bermakna kuantiti gas perlu diperoleh pada harga yang jauh lebih tinggi untuk memenuhi bekalan kepada pelanggan pada harga yang dipersetujui secara kontrak dengan ketara, yang membawa kepada masalah pendapatan, kata VNG.

Langkah mengembalikan situasi stabil secara berterusan adalah perlu walaupun kerajaan merancang untuk membenarkan syarikat gas menyalurkan beberapa kos perolehan mereka mulai 1 Oktober depan.

VNG, yang majoritinya dimiliki oleh utiliti Jerman EnBW sebahagiannya dimiliki oleh wilayah Bade-Wuerttemberg, berkata ia kekal dalam rundingan berterusan dengan kerajaan persekutuan mengenai langkah bantuan.

Sementara itu Uniper, pengimport terbesar gas Rusia di Jerman telah meminta sokongan kerajaan pada awal tahun ini di tengah-tengah tekanan kenaikan harga gas.

Bercakap pada satu sidang media, jurucakap kementerian ekonomi berkata kerajaan sentiasa sedia mengedarkan bantuan.

Ini termasuk kemungkinan kerajaan persekutuan mengambil alih saham dalam syarikat tenaga yang terjejas, serta memperluaskan talian kredit.

Pada masa ini, kerajaan aktif mengadakan perbincangan dengan VNG, kata jurucakap itu. – AFP

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

China: Tiada siapa berhak guna veto nasib rakyat Palestin

BEIJING, 29 SEPT - China menegaskan tiada siapa berhak menggunakan kuasa veto masing-masing dalam isu-isu mengenai masa depan dan nasib rakyat Palestin, lapor agensi...
- Advertisment -