Firma Jepun uji prototaip kereta terbang

TOKYO, 2 SEPT – Ia mungkin kelihatan satu penerbangan istimewa, namun sebuah firma Jepun berkata ia semakin hampir untuk menjadikan kereta terbang satu kenyataan selepas menguji prototaip dron baru-baru ini.

Video dari syarikat kejuruteraan SkyDrive menunjukkan kenderaan kompaknya menggunakan lapan kipas untuk terbang di udara dan mengadakan perjalanan – dengan sedikit gegaran – di sekitar padang ujian.

Syarikat itu mengalu-alukan ‘demonstrasi awam pertama kereta terbang di Jepun’ dan berkata pesawat udara itu, kira-kira saiz dua kereta yang diletak bersama, telah mengelilingi padang ujian selama empat minit.

“Kami mahu menyedarkan masyarakat di mana kereta terbang merupakan mod pengangkutan yang senang dan boleh diakses di udara,” kata CEO SkyDrive Tomohiro Fukuzawa dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Firma itu berkata ia mahu kenderaan itu tersedia untuk dibeli di Jepun pada tahun 2023, dengan laporan mencadangkan ia mungkin menelan kos sehingga AS$300,000.

Kereta itu bukan usaha pertama yang telah diambil oleh manusia ke arah dunia kenderaan udara baharu. – AFP