Tuesday, April 30, 2024
32.5 C
Brunei

    -

    Firma pertahanan Jerman akan bina kilang peluru di Lithuania

    VILNIUS, 16 APRIL – Lithuania dan pengeluar senjata Jerman, Rheinmetall hari ini bersetuju untuk membina sebuah kilang peluru di negara Baltik, sebagai tanda baharu bahawa Eropah sedang bersiap semula untuk menentang sebarang ancaman dari Rusia.

    Pembuat peralatan ketenteraan terbesar di Jerman dan kerajaan Lithuania menandatangani surat hasrat untuk menubuhkan sebuah kilang yang akan menghasilkan peluru artileri 155mm di negara anggota EU dan NATO tersebut yang pernah diperintah oleh negara Soviet.

    “Ini akan menjadi pelaburan pertahanan terbesar yang pernah ada di Lithuania,” kata Menteri Ekonomi, Ausrine Armonaite kepada wartawan.

    “Sudah tiba masanya untuk kita meningkatkan senjata kita yang merupakan prasyarat bagi mempertahankan kebebasan,” kata Perdana Menteri, Ingrida Simonyte di media sosial.

    Lithuania ialah sekutu tegar Jerman, yang merancang untuk menempatkan unit tentera bersaiz briged di negara itu sehingga tahun 2027 bagi membantu mengamankan bahagian timur NATO.

    Jerman juga merupakan pembekal senjata utama ke Lithuania. Pembelian termasuk howitzer PzH 2000 yang menggunakan peluru 155mm yang Lithuania merancang untuk membeli dari kilang Rheinmetall. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    PM Jepun nafi akan berundur atas kekalahan partinya dalam pilihan raya...

    TOKYO, 30 APRIL - Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida berkata pada hari ini kekalahan besar parti pemerintahnya dalam pilihan raya kecil hujung minggu lalu...