Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Firma Saudi, Trump bekerjasama projek hartanah

    RIYADH, 20 NOV – Firma hartanah Saudi telah bergabung dengan Pertubuhan Trump dalam projek pembangunan golf dan hartanah bernilai AS$4 bilion di Oman, menurut fail pasaran saham yang disiarkan hari ini.

    Perjanjian yang membabitkan Syarikat Global Dar Al Arkan, sebuah anak syarikat Syarikat Pembangunan Hartanah Dar Al Arkan, dimeterai di tengah ketega-ngan yang meningkat di antara kerajaan Saudi dan pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden, yang mempunyai hubungan tidak rapat dengan pemimpin Saudi berbanding bekas Presiden Donald Trump.

    Projek itu termasuk pembinaan ‘vila, hotel dan padang golf Trump,’ menurut fail, menambah ia akan ‘dibangunkan dalam tempoh 10 tahun di satu kawasan seluas 3.5 juta meter persegi.’

    “Ia sedang dibangunkan dengan sokongan Syarikat Pembangunan dan Pelancongan Oman (Omran), cabang eksekutif pembangunan pelancongan Kesultanan Oman,” menurut fail. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...