HONG KONG, 5 Mei – Firma tenaga adalah antara firma yang mengalami kerugian dalam perniagaan Asia pada hari ini ekoran satu kemerosotan dalam harga minyak yang didorong oleh kebimbangan kemelesetan global baru, dengan kebanyakan pasaran ekuiti dijangka mengalami kemerosotan pada akhir minggu.
Sementara peniaga menantikan pengeluaran data pekerjaan AS pada lewat hari ini, kejatuhan dalam harga minyak mentah telah menjejas perasaan optimistic di lantai perdagangan dewan niaga, dengan penganalisis mengingatkan mengenai kemungkinan kesan ke atas ekonomi.
Kedua-dua kontrak utama merosot hampir lima peratus semalam disebabkan kebimbangan mengenai pertambahan pengeluaran dari AS, Libya dan Nigeria dan komitmen kartel OPEC untuk melanjutkan pemotongan pengeluaran selepas perjanjian enam bulan.
Kelemahan baru di China, kenaikan dalam kadar faedah AS, yang mungkin menjadikan minyak yang dijual dalam mata wang dolar lebih mahal kepada pemegang mata wang lain, dan tanda-tanda permintaan lembap juga menyumbang kepada kemelesetan.
“OPEC telah memandang rendah pada pemulihan bekalan dari Nigeria dan Libya di kalangan negara OPEC dan sudah tentunya minyak syal Amerika yang telah menghapus perjanjian pemotongan pengeluaran sebanyak 1.8 juta tong sehari,” kata Jefrrey Halley, penganalisis senior pasaran di OANDA, dalam satu nota.

“Tidak adanya cahaya penyelesaian untuk pengeluar OPEC dan bukan OPEC, sebenarnya cahaya ternyata penyelesaian yang datang dari arah lain.”
Sementara kedua-dua kontrak meningkat sedikit di Asia, kini mereka mencecah tahap paling rendah mereka sejak OPEC dan Rusia bersetuju pada November untuk mengurangkan pengeluaran dalam usaha untuk menambah harga.
Kejatuhan mereka semalam menyebabkan CNOOC yang disenarai di Hong Kong merosot 1.6 peratus dan PetroChina merosot 2.5 peratus.
Di Sydney, Woodside Petroleum kerugian lebih dua peratus, Santos merosot 2.6 peratus dan syarikat perlombongan Rio Tinto merosot 1.7 peratus, dengan harga logam yang merosot juga berfungsi sebagai penghalang.
Di antara indeks utama rantau, Hong Kong merosot 0.8 peratus, Shanghai merosot 0.7 peratus dan Sydney merosot 0.5 peratus sementara Singapura merosot 0.2 peratus. Taipei dan Jakarta juga mengalami kerugian. – AFP