Friday, May 9, 2025
30.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Firma Turki hadiahkan dron kepada Lithuania

    ISTANBUL, 3 JUN – Sebuah syarikat Turki berkata kelmarin bahawa mereka akan berbesar hati untuk menawarkan kepada Lithuania sebuah dron tempur secara percuma agar dana yang dikumpulkan oleh rakyat Lithuania bagi membeli dron untuk tentera Ukraine boleh diperuntukkan dalam misi bantuan kemanusiaan.

    Rakyat Lithuania telah menderma lebih daripada lima juta euro kepada kempen yang dikhaskan untuk membeli dron Turki Bayraktar TB2 bagi tentera Ukraine yang memerangi pencerobohan Rusia.

    Drone TB2 Turki adalah ciptaan daripada syarikat aeroangkasa Baykar Defence, di mana menantu Erdogan, Selcuk Bayraktar adalah ketua pegawai teknologi di syarikat tersebut.

    Ia akan menjadi derma tentera asing pertama yang dijanjikan oleh firma swasta Turki sejak pencerobohan Rusia ke atas Ukraine yang bermula pada 24 Februari lalu.

    Anggota NATO Turki berusaha melaksanakan dasar keseimbangan di antara dua jirannya di Laut Hitam Kyiv dan Moscow, membekalkan Ukraine dengan dron tempur dan pada masa sama mengelak daripada mengenakan sekatan Barat ke atas Rusia. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda