Friday, January 10, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Firma ubat India diarah henti pengeluaran

    NEW DELHI, 2 OGOS – Pengeluar ubat India, Riemann Labs diminta menghentikan pengeluaran berikutan sirap batuk keluarannya dikatakan mempunyai kaitan dengan kematian dalam kalangan kanak-kanak di Cameroon.

    Dalam jawapan bertulis yang dibacakan di Parlimen, Kementerian Kesihatan India berkata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengeluarkan amaran dan meminta maklumat mengenai empat kes produk sirap yang dieksport dari India.

    “Susulan laporan itu, Pertubuhan Kawalan Standard Ubat-ubatan dengan penyelarasan Pengawal Ubat-ubatan Negeri menjalankan siasatan bersama,” lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan itu.

    Hasil pemeriksaan bersama di Riemann Labs di negeri Madhya Pradesh, pihak berkuasa mengarahkan firma itu menghentikan pembuatan, menurut kementerian itu.

    Pada Jun, akhbar harian India Mint melaporkan lebih puluhan kanak-kanak meninggal dunia di Cameroon sejak beberapa bulan lalu, dengan pihak berkuasa mengaitkannya dengan sirap batuk yang dipercayai dikeluarkan oleh India.

    India berada dalam dilema selepas sirap batuk keluarannya sering dikaitkan dengan kematian puluhan kanak-kanak di negara asing. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda