Friday, December 27, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Firmino bebas tindakan disiplin

    LONDON, 22 Feb – Penyerang Liverpool Roberto Firmino tidak akan berhadapan dengan tindakan disiplin selepas berlaku pertelingkahan dengan pemain Everton Mason Holgate dalam perlawanan pusingan ketiga Piala FA di Anfield bulan lalu.

    Para pegawai mengumumkan semalam bahawa tidak ada bukti yang mencukupi untuk menyokong dakwaan terhadap ‘tindakan diskriminasi’ ketika perlawanan Merseyside.

    Firmino dan Holgate terlibat dalam perang mulut setelah pemain pertahanan Everton itu menolak pemain Brazil ke barisan depan tempat duduk sebelum perlawanan separuh masa yang memihak kepada kemenangan Liverpool 2-1.

    Pertikaman lidah menyebabkan Holgate naik berang. Pengadil Bobby Madley telah membuat rujukan kepada kata-kata yang berbaur perkauman yang telah dilaporkan kepadanya, dipercayai dilakukan oleh pemain pertahanan Everton di padang dan pegawai Everton sejurus perlawanan.

    Roberto Firmino ketika meraikan jaringan keempatnya semasa menentang FC Porto di stadium Dragao, Porto, Portugal. Penyerang Liverpool itu bebas daripada sebarang tindakan disiplin terhadap dakwaan bersifat perkauman yang dikenakan ke atasnya. – AFP

    Ia mendorong Persatuan Bola sepak (FA), badan induk bola sepak Inggeris untuk menyiasat insiden berkenaan.

    Bagaimanapun, kenyataan FA yang dikeluarkan semalam berkata: “Berikutan siasatan terperinci yang dilakukan terhadap dakwaan tingkah laku disiplin ke atas pemain Liverpool Roberto Firmino oleh pemain Everton Mason Holgate, FA mengesahkan bahawa ia tidak akan mengambil tindakan disiplin ke atas Firmino.”

    Firmino, bertindak balas terhadap keputusan semalam, menegaskan dia tidak akan sekali-kali akan menggunakan bahasa berbaur perkauman sambil menekankan ‘kepentingan bagi bola sepak untuk mengatasi dan memandang amat serius terhadap perkauman dan segala bentuk diskriminasi.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda