Wednesday, November 27, 2024
29 C
Brunei

    Berita Terkini

    First Citizens akan beli SVB

    NEW YORK, 27 MAC – First Citizens yang berpangkalan di North Carolina akan membeli Bank Silicon Valley (SVB), institusi kewangan tertumpu industri teknologi yang terjejas awal bulan ini, hingga menggegarkan industri perbankan dan mencetuskan gelombang kejutan ke seluruh dunia.

    Perjanjian itu akan meyakinkan pelabur pada ketika keyakinan goyah terhadap bank-bank, walaupun Federal Deposit Insurance Corp dan pengawal selia lain telah mengambil langkah luar biasa untuk mengatasi krisis perbankan yang lebih luas dengan menjamin bahawa pendeposit dalam SVB dan bank AS lain yang gagal akan dapat mengakses semua wang mereka.

    Pelanggan SVB secara automatik akan menjadi pelanggan First Citizens, yang beribu pejabat di Raleigh.

    Sebanyak 17 bekas cawangan SVB akan dibuka sebagai cawangan First Citizens hari ini, kata FDIC.

    Saham First Citizen, BancShares Inc yang didagangkan oleh Nasdaq melonjak 12.4 peratus kepada AS$654.95 dalam dagangan prapasaran hari ini.

    Saham dalam Bank First Republic bersaiz sederhana yang berpangkalan di San Francisco, yang mempunyai pelanggan yang serupa seperti SVB dan nampaknya menghadapi krisis yang sama, melonjak 24.3 peratus dalam dagangan prapasaran.

    Saham Eropah dibuka lebih tinggi hari ini, dengan pemberi pinjaman Jerman, Commerzbank AG naik 2.4 peratus dan BNP Paribas naik 1.2 peratus. – AP

    Logo SVB di cawangannya di Pasadena, California pada 13 Mac. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda