Saturday, July 12, 2025
30.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Fish and Chips klasik tetap popular

    Oleh Abirami Durai –

    KUALA LUMPUR – Pada pukul 11:30 pagi Jumaat, sebuah restoran fish and chips di Kuala Lumpur (KL) agak lengang. Satu atau dua meja sahaja yang diduduki dan pastinya tiada petanda orang ramai akan berpusu-pusu datang ke restoran itu.

    Namun menjelang tengah hari, restoran itu amat sesak – setiap meja dipenuhi oleh para pengunjung. Di luar restoran, barisan yang panjang telah terbentuk dan mereka yang ingin menikmati makan malam juga menaruh harapan untuk mendapat meja makan yang kosong.

    Siapa sangka restoran itu mempunyai tarikan yang begitu kuat?

    Pemiliknya, Keith Koh membuktikannya. Apa yang mengejutkan lagi apabila awda menyedari Koh merupakan seorang veteran dalam perniagaan yang membuktikan pengkritiknya salah.

    “Lebih 10 tahun lalu, saya berada di Britain untuk belajar dan saya bekerja dalam bidang hospitaliti. Pada tahun akhir kursus ijazah saya, saya memutuskan untuk memulakan perniagaan F&B. Tetapi dengan sedikit simpanan yang saya ada, saya hanya mampu membuka gerai penjaja di Singapura.

    Perch mempunyai kulit luar yang lembut namun menghasilkan isi yang amat rangup di dalamnya. – ANN/The Star
    Rahsia kejayaan restoran terletak pada ramuan ikan, yang dibuat menggunakan pelbagai jenis herba dan rempah ratus.
    – ANN/The Star
    Koh (kiri) memulakan restoran bersama bapanya Desmond Koh yang kini membantunya menguruskan restoran itu di Singapura. – ANN/The Star
    Restoran itu sentiasa penuh dan selalunya para pengunjung akan beratur pada waktu makan tengah hari. – ANN/The Star

    “Saya mempunyai pertengkaran besar dengan ayah saya dan akhirnya saya meyakinkannya untuk memberi saya masa dua tahun untuk memulakan perniagaan. Jadi saya mendaftarkan syarikat bersama-sama dengannya supaya dia dapat melihat perkembangan dan seterusnya mempunyai jaminan,” kata Koh.

    Koh mula-mula mengusahakan gerai makanan di salah satu medan selera di Singapura, menyajikan hidangan Inggeris klasik seperti puding Yorkshire, kentang lecek dan sup kambing.

    Beliau berkata keputusan untuk menyediakan hidangan itu didorong oleh keinginan untuk mencari kelainan.

    “Seluruh idea itu bukan sahaja untuk saya menceburi bidang F&B, tetapi untuk memperkenalkan keseluruhan pengalaman menjamu selera,” jelas Koh.

    Menariknya, untuk tahun pertama, fish and chips tidak ada dalam menu kerana Koh mengambil masa sepanjang tahun untuk memikirkan cara membuat versi terbaiknya. Dia menerima maklum balas yang berharga daripada ibu bapanya.

    “Ketika saya mula-mula mengembangkan resipi saya di Britain di asrama, rakan-rakan serumah saya adalah kumpulan sasaran saya dan mereka amat menyukai resipi saya.

    “Tetapi apabila saya membawanya kembali untuk ibu dan ayah saya untuk mencuba, mereka seakan-akan tidak yakin dengan resipi itu. Mereka berterus-terang beritahu saya rasanya belum mencukupi.

    “Saya fikir saya mempunyai resipi yang sempurna, tetapi kemudian saya menghabiskan masa setahun untuk menyempurnanya. Akhirnya, saya fikir sudah tiba masanya yang kami tunggu-tunggu selama ini apabila kami berjaya memperbaikinya,” katanya.

    Jadi kenapa dibuka di Malaysia? Koh berkata peluang muncul tahun lepas dan dia membuka di Wisma Cosway di Kuala Lumpur yang sambutan menggalakkan.

    Malangnya, dia akhirnya terpaksa menutup restoran itu disebabkan oleh beberapa masalah. Namun permintaan daripada para penggemar di Malaysia terbukti memberangsangkan, jadi tahun ini dia membuat keputusan untuk membuka semula restorannya di lot lain dalam bangunan yang sama.

    Di restoran itu, fish and chips amat popular. Terdapat hanya dua pilihan ikan – haddock Norway atau perch yang diperoleh dari rantau ini.

    Untuk kentang, awda boleh memilih untuk mempunyai kentang goreng yang dipotong tebal atau nipis. Dihidangkan bersama adalah pilihan sos seperti sos tartar klasik, kacang lembek, cuka malt, sos kari dan sambal aioli eksklusif KL. Setiap tempahan fish and chips didatangkan dengan pilihan dua sos.

    Mulakan dengan Fish and Chips Perch Klasik. Ramuan yang memerlukan Koh lebih setahun untuk disempurnakan terdiri daripada rangkaian herba proprietari dan rempah ratus seperti garam, lada sulah, rosemary, thyme, paprika dan bahan-bahan lain yang tidak boleh didedahkan.

    Namun percayalah apabila saya mengatakan semua kerja keras itu sangat berbaloi.

    Disebabkan ia adalah ikan yang telah disadur tepung dan digoreng dengan sempurna dan mengekalkan tekstur rangup yang sungguh lazat.

    Ramuan itu sendiri dicampur dengan pelbagai rasa – terdapat lapisan bawah herba dan sentuhan rempah meresap pada struktur terasnya dan inilah yang memberikan kelebihan berbanding fish and chips konvensional.

    Daripada pemilihan sos, sos tartar klasik memberikan rasa berkrim namun ringan kepada ikan yang digoreng manakala sambal aioli memberikan rasa pedas.

    Awda juga boleh mencuba Fish and Chips Haddock Premium. Haddock adalah luar biasa – sepotong ikan yang tebal dengan isi yang berlemak. Gabungkannya dengan kentang goreng tebal dan nikmati hidangan yang menyelerakan itu.

    Nikmati House Made Lemonade yang diperbuat daripada limau yang baru diperah dan merupakan jus sitrus khas untuk membangkitkan lagi rasa fish and chips.

    Melihat ke hadapan, Koh berkata sudah ada rancangan untuk mengembangkannya di lokasi lain.

    “Mengembangkan perusahan sudah pasti sedang diusahakan. Tetapi kami mahu melaksanakannya secara perlahan-lahan. Kami mahu memastikan kami mencari pasukan yang sesuai untuk bekerjasama,” katanya. – ANN/The Star

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda