Saturday, July 26, 2025
26.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Fitnah jantina: Presiden Perancis ambil tindakan undang-undang pertahan isteri

    PARIS, 24 JULAI – Pasangan Presiden Perancis, Emmanuel dan Brigitte Macron, memfailkan saman fitnah kelmarin terhadap personaliti konservatif Amerika Syarikat (AS), Candace Owens, berhubung dakwaan bahawa Brigitte Macron ialah seorang lelaki.

    Peguam kepada pasangan itu, Tom Clare, berkata kepada CNN bahawa tuntutan mahkamah yang difailkan di Delaware, AS, adalah tindakan ‘jalan terakhir’ selepas usaha selama setahun untuk menyelesaikan isu ini secara damai menemui jalan buntu.

    “Kami telah berkali-kali meminta dia bercakap benar dan berhenti menyebarkan pembohongan ini. Namun setiap kali, Owens memperlekeh dan mengejek usaha kami yang ingin membetulkan fakta. Sudah tiba masa beliau bertanggungjawab atas perbuatannya,” kata Clare.

    Menurut Clare, dokumen saman tersebut mengandungi ‘bukti yang menyeluruh’ bahawa Brigitte Macron ‘dilahirkan sebagai wanita dan sentiasa merupakan seorang wanita’.

    Beliau turut menjelaskan bahawa pasangan itu akan menuntut pampasan dalam jumlah besar sekiranya Owens terus mengulangi dakwaan tersebut menjelang tarikh perbicaraan.

    Setakat ini, pejabat Presiden Perancis belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung tindakan undang-undang tersebut. – AP

    Gambar Presiden Perancis Emmanuel Macron dan isteri tiba di 10 Downing Street di London pada 9 Julai. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda