Saturday, March 15, 2025
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Fitness Zone lancar pakej ahli terbaru

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Jun – Fitness Zone telah melancarkan pakej ahli terbaru yang menawarkan pelbagai pilihan aktiviti dan senaman yang disukai, pada majlis yang berlangsung di Fitness Zone, Kiulap, hari ini.

    Pengurus Am Fitness Zone, Mike Abacan menjelaskan, pakej ahli terbaru ini, membolehkan ahli-ahli baru untuk memilih senaman atau aktiviti yang disukai sahaja, dengan bayaran lebih murah, juga membolehkan para ahli baru untuk mencapai matlamat mereka di Fitness Zone.

    “Sebelum ini, pelanggan yang mendaftar sebagai ahli membayar pakej agak tinggi untuk kesemua kemudahan gimnasium, akan tetapi tidak semua kemudahan digunakan dan ini menunjukkan pembaziran.

    “Dengan adanya pakej ahli baru ini, pelanggan berpeluang memilih aktiviti dan senaman yang disukai sahaja dengan bayaran yang lebih murah dan efektif.”

    Dengan adanya pakej ahli baru ini, ia akan dapat memberi manfaat dan perkhidmatan gimnasium yang terbaik untuk para pelanggan baru dan yang sedia ada.

    Fitness Zone pada masa ini menyediakan pelbagai jenis aktiviti dan senaman, lebih kurang 120 aktiviti disediakan dalam seminggu untuk dipilih bagi mendukung amalan kehidupan yang lebih efektif kepada pelanggan.

    Wu Chun ketika ditemu bual mengenai pakej ahli terbarunya.
    Wu Chun ketika ditemu bual mengenai pakej ahli terbarunya.
    Antara pilihan aktiviti senaman yang ditawarkan dengan harga pakej ahli yang lebih menarik.
    Antara pilihan aktiviti senaman yang ditawarkan dengan harga pakej ahli yang lebih menarik.

    Dalam temu bual bersama Pengarah Urusan Fitness Zone, Wu Chun menjelaskan bahawa Fitness Zone akan terus menekankan kepentingan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat di negara ini dan melalui promosi pakej ahli baru Fitness Zone ini, maka ia akan memantapkan lagi serta menyokong Program Cara Hidup Sihat dan Program Kegiatan Fizikal yang dikendalikan oleh Fitness Zone dengan menyediakan jurulatih profesional dari dalam dan luar negara.

    Fitness Zone juga menyediakan program senaman berkumpulan antarabangsa yang terdiri daripada senaman program berasaskan TRX Navy hingga Program Zumba dan juga Program LESS MILLS Antarabangsa yang diiktiraf seperti Body Pump, Body Combat, RPM dan juga Program Kelas Balet, Hip-Hop untuk kanak-kanak.

    Wu Chun juga berkata, dengan adanya perubahan pakej ahli ini, ia menggalakkan orang ramai untuk bersenam bagi mencapai matlamat sebagai warga sihat dan mengurangkan penyakit terutamanya penyakit-penyakit tidak berjangkit.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda