Friday, May 9, 2025
31.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Fitness Zone rai ulang tahun ke-10

    Oleh Imelda Groves HA

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Ogos – Pusat kecergasan Fitness Zone, Kiulap, telah meraikan ulang tahun penubuhannya yang ke-10 dengan majlis yang penuh semangat dan ceria dengan tema karnival berwarna-warni di pusat berkenaan, baru-baru ini.

    Pada majlis itu, tetamu yang berpusu hadir dihiburkan dengan beberapa permainan mini karnival yang menyeronokkan dan aktiviti seperti melambungkan cincin, memecahkan belon, botol dan batu dan melemparkan kaleng serta banyak lagi di samping menikmati hidangan yang menyelerakan di mana Fitness Zone Kiulap mengundang 10 vendor dalam talian untuk mengambil bahagian menjual produk dan perkhidmatan mereka.

    Apa yang menjadikan perayaan tahun ini lebih seronok dan penuh tenaga berbanding tahun sebelumnya adalah pelancaran suku tahunan Program ‘Les Mills’.

    Pada sebelah petang pula acara diteruskan lagi dengan aktiviti ‘BodyJam’ diikuti oleh ‘BodyCombat’ yang menyaksikan penyertaan lebih 200 orang peminat kecergasan dari semua lapisan masyarakat dan pelbagai peringkat umur.

    Antara yang memeriahkan acara ulang tahun penubuhan Fitness Zone ke-10.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda