Saturday, May 3, 2025
26.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    FITRAH anjur tahlil dan Doa Arwah

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 MEI – Persatuan Pendidikan Khas (FITRAH) telah menganjurkan Majlis Tahlil dan Doa Arwah bagi salah seorang ahlinya iaitu Allahyarhamah Datin Paduka Hajah Apsah binti Haji Abdul Majid dan kaum keluarga ahli persatuan tersebut yang telah kembali ke rahmatullah, baru-baru ini.

    Majlis yang berlangsung di sebuah hotel di Kiulap itu diteruskan dengan penyampaian sumbangan peribadi dari ahli-ahli persatuan kepada wakil-wakil keluarga.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, bacaan tahlil dan Doa Arwah yang dipimpin oleh Awang Mohd ‘Azim bin Dato Paduka Haji Murni.

    Turut hadir di majlis berkenaan, Presiden FITRAH, Hajah Norjum binti Haji Yusop dan ahli-ahli EXCO FITRAH yang lain serta kaum keluarga persatuan tersebut.

    Hajah Norjum dalam ucapannya menzahirkan ucapan terima kasih di atas kehadiran semua ahli EXCO FITRAH dan mengakui merasa kehilangan seorang ahli yang sudah lama terlibat dengan FITRAH.

    Selain itu, beliau turut mendoakan agar FITRAH agar terus maju jaya dalam setiap aktiviti yang dirancang dalam Pelan Tindakan Strategik persatuan tersebut bagi tahun 2025.

    Di samping itu, beliau berharap kepada ahli-ahli supaya sentiasa membantu persatuan berkenaan dalam menyumbangkan buah fikiran, sumbangan tenaga dan sumbangan derma kepada Tabung Persatuan FITRAH.

    “Semua ini adalah bagi membantu individu berkeperluan khas yang memerlukan apa jua keperluan yang diperlukan,” jelasnya.

    Hajah Norjum menyampaikan sumbangan kepada wakil keluarga Allahyarhamah Datin Paduka Hajah Apsah. – GAMBAR SERAHAN FITRAH
    Presiden FITRAH bergamba ramai bersama ahli fitrah. – GAMBAR SERAHAN FITRAH

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda