Oleh Salawati Haji Yahya – BANDAR SERI BEGAWAN, 16 FEB – Empat orang ahli pentadbiran dan EXCO Persatuan Pendidikan Khas (FITRAH), baru-baru ini, telah membuat lawatan kerja ke Sekolah Rendah Pulaie yang diketuai oleh Presiden FITRAH, Hajah Norjum binti Haji Yusop. Rombongan lawatan telah dialu-alukan oleh guru besar sekolah dan seterusnya mendengarkan sesi taklimat yang