Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    FITRAH hulur sumbangan makanan asasi

    Oleh Nurdiyanah R. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 MEI – Dengan hasrat murni untuk meringankan beban insan-insan golongan istimewa bersama ahli keluarga, sehubungan itu Persatuan Pendidikan Khas (FITRAH) dengan kerjasama Foodlive Sdn Bhd menjayakan penyerahan sumbangan makanan asasi, sampul wang tunai dan pakaian yang terpakai kepada ahli-ahli FITRAH yang terdiri daripada golongan ibu bapa bersama anak-anak autisme mereka, baru-baru ini.

    Antara yang hadir bagi menyempurnakan penyerahan sumbangan berlangsung di Beribi bersebelahan dengan Bangunan Farmgate Supermarket itu ialah Presiden FITRAH, Hajah Norjum binti Haji Yusop.

    Melalui pengungkayahan acara berkenaan, Hajah Norjum merakamkan penghargaan yang tidak terhingga atas segala usaha komitmen semua yang terlibat sekali gus menaruh harapan tulus bantuan sedemikian akan dapat diteruskan dari semasa ke semasa bagi sama-sama membantu golongan ibu bapa daripada ahli-ahli FITRAH sendiri khususnya untuk meringankan perbelanjaan golongan keluarga berkenaan.

    Turut hadir ialah ahli-ahli EXCO FITRAH yang lain serta kaum keluarga ahli-ahli FITRAH bagi sama-sama berhimpun meraikan acara amal tersebut.

    FITRAH dengan kerjasama Foodlive Sdn Bhd menjayakan penyerahan sumbangan makanan asasi, sampul wang tunai dan pakaian yang terpakai kepada ahli-ahli FITRAH yang terdiri daripada golongan ibu bapa bersama anak-anak autisme mereka, baru-baru ini. – GAMBAR SERAHAN FITRAH

    Kata Kunci

    Popular

    Asia Pasifik

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    Berita Berkaitan

    Majlis rai ulang tahun ke-40 UBD

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 OKT – Sempena Sambutan Ulang...

    Lebih 20 kontena zink radioaktif terkandas di luar pantai Filipina

    MANILA, 31 OKT – Lebih 20 kontena zink radioaktif...

    Lelaki bangsa Iban terima hidayah

    Oleh Yusrin Junaidi   BANDAR SERI BEGAWAN, 31 OKT – Seorang...

    Manfaatkan AI sebagai alat bantu untuk analisis

    Oleh Yusrin Junaidi - BANDAR SERI BEGAWAN, 30 OKT -...

    Terkini

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    TEHRAN, 23 NOV - Iran telah meminta bantuan luar...

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    TOKYO, 23 NOV - Walaupun gagal menempah slot ke...

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    DHAKA, 23 NOV - Dua gegaran kecil melanda Bangladesh...

    WHO isytihar wabak polio di Indonesia berakhir

    JAKARTA, 23 NOV - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah...