Wednesday, July 16, 2025
28.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    FITRAH laksana Projek Penanaman Hidroponik untuk pelajar autisme

    Oleh Nurdiyanah R. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 MEI – Dengan hasrat untuk memberi pendedahan ilmu dan kemahiran kepada golongan pelajar istimewa, Persatuan Pendidikan Khas (FITRAH) terus menyalurkan sokongan padu kepada pelajar-pelajar autisme di Sekolah Rendah Pulaie menerusi pelaksanaan Projek Penanaman Hidroponik di sekolah berkenaan, baru-baru ini.

    Para pelajar yang terdiri daripada Tahun 4, 5 dan 6 itu berpeluang menerokai kaedah penanaman hidroponik merangkumi jenis-jenis tumbuhan yang bersesuaian dan peralatan yang diperlukan dalam projek berkenaan.

    Menerusi pelaksanaan projek berkenaan, ia secara tidak langsung dapat meningkatkan kemahiran pelajar-pelajar seperti pemerhatian tananam membesar, mengenalpasti serangga perosak tanaman, di samping mewujudkan nilai-nilai kreativiti dalam diri mereka seperti melukis berdasarkan alam semulajadi mahupun menghasilkan asas karangan
    pendek.

    Dalam pada itu, Presiden FITRAH, Hajah Norjum binti Haji Yusop antaranya menyatakan dengan menyaksikan usaha yang dilaksanakan oleh pihak sekolah melalui projek berkenaan sememangnya satu perkara yang begitu dibanggakan dengan harapan pelajar-pelajar autisme akan terus berdaya tahan untuk meraih apa juga kejayaan dalam pendidikan inklusif melalui pelbagai projek, kelab atau aktiviti yang dijalankan di luar sekolah.

    Dengan adanya projek sedemikian, ia sewajarnya dapat dilaksanakan di sudut kawasan sekolah sebagai sebuah taman terapi yang sesuai untuk semua peringkat pelajar untuk bersantai atau tempat berehat seketika bukan hanya golongan pelajar bahkan juga para ibu bapa atau penjaga mahupun guru-guru.

    Para pelajar istimewa berpeluang menyaksikan kaedah penanaman hidroponik dengan hasrat untuk memberi mereka ilmu dan kemahiran berkaitan tanaman serta pendidikan inklusif. – GAMBAR SERAHAN FITRAH
    Antara tanaman hidroponik yang diperkenalkan kepada pelajar Sekolah Rendah Pulaie. – GAMBAR SERAHAN FITRAH

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda