EMOSI merupakan sesuatu perasaan jiwa yang kuat. Menurut kamus Advanced Learner’s English-Malay Dictionary menghuraikan bahawa emosi sebagai perasaan apa sahaja yang meluap-laup seperti kasihan, gembira, benci, takut dan sebagainya.
Menurut Danial Goleman dalam bukunya Emotional Intelligence bahawa emosi adalah merujuk kepada se-suatu perasaan dan pemikiran tersendiri di bawah keadaan psikologikal dan biologikal, serta ada kecenderungan yang berbeza-beza untuk bertindak.
Berdasarkan huraian di atas, emosi merangkumi tiga komponen, iaitu:
1- Komponen kognitif: pengalaman yang subjektif di bawah keadaan sedar, termasuk aspek penilaian.
2- Komponen fisiologikal: merangsang dan membangkitkan badan fizikal.
3- Komponen behavorial: ciri ekspresi ditunjukkan secara terbuka.
Ini bermakna emosi biasanya digambarkan dengan bahasa badan fizikal, iaitu bahasa sukan lisan.


Jenis-jenis emosi
Menurut Goleman, beliau telah mengenal pasti lapan jenis emosi yang utama, iaitu: Perasaan marah (anger), sedih (sadness), takut (fear), gembira (happy), sayang (love), hairan (surprise), benci (disgust) dan malu (shame).
Kecerdasan emosi (Emo-tional Intelligence EI)
Kecerdasan emosi merujuk kepada integrasi emosi dengan struktur kognitif dalam perso-naliti individu, iaitu sejenis elemen psikologikal yang dihasilkan daripada penerapan emosi dengan kognitif seseorang.
a) Menurut J.D.Mayer dan P.Salovey, ahli psikologi, men-definisikan kecerdasan emosi sebagai kognitif masyarakat, merangkumi tiga kategori utama, iaitu:
-Kebolehan membezakan emosi diri dengan orang yang lain.
-Kebolehan mengawal emosi diri dan menyelaraskan dengan emosi orang lain.
-Kebolehan menggunakan maklumat emosi untuk membimbing pemikiran.
b) Menurut Goleman pula, beliau mengkategorikan kecerdasan emosi seperti berikut:
-Kebolehan memerhati diri.
-Kebolehan mengurus emosi.
-Kebolehan menggalak diri.
-Kebolehan mengawal perasaan yang teruja.
-Menguasai teknik menjalin hubungan interpersonal.
Beliau juga berpendapat bahawa manusia bukan sahaja ada emosi tetapi juga kecerdasan dalam emosi serta daya kecerdasan yang menimbulkan emosi.
c) Menurut Gardner dalam bukunya Frames of Mind, telah mengenal pasti tujuh jenis kecerdasan manusia yang mana dua di antaranya, kecerdasan interpersonal dan kecerdasan interpersonal merupakan kecerdasan yang berkaitan rapat dengan emosi.
-Menurut Gardner, kecerdasan interpersonal merupakan kebolehan memahami orang lain, manakala kecerdasan interpersonal ialah kebolehan membentuk diri sebagai model yang sesuai, dan dapat menggunakan model ini beroperasi secara efektif dalam kehidupannya.
-Gardner meninjau bahawa kecerdasan interpersonal pula terkandung keupayaan untuk menilai dengan teliti dan bertindak balas secara berpatutan berdasarkan perasaan, pembawaan, motivasi dan keinginan orang lain.


Di dalam kecerdasan interpersonal yang berasaskan ilmu pengetahuan diri sendiri, beliau menambah daya memperolehi perasaan diri, keupayaan memperbezakan di antara perasaannya, dan seterusnya membuat pemilihan sebagai panduan untuk bertingkah laku.
d) Salovey menggunakan kecerdasan peribada yang dihuraikan oleh Gardner untuk merangka definisi kecerdasan emosi, dengan mengembangkan kebolehan mereka kepada lima bidang seperti berikut:
1-Kebolehan memahami emosi diri sendiri
Kesedaran – mengenal pasti perasaan sebagaiman yang ia berlaku.
2-Kebolehan mengurus emosi
Mengurus perasaan diri supaya menjadi berpautan merupakan kebolehan dibina berasaskan kesedaran diri, iaitu kebolehan menenangkan perasaan diri, mengatasi emosi gelisah, sedih, putus asa, marah dan sebagainya.
3-Kebolehan memotivasi diri
Kebolehan mengaturkan emosi ke arah objektif yang ditentukan adalah perlu bagi menumpu perhatian motivasi diri dan penguasaan, serta untuk kreativiti. Orang yang mempunyai kemahiran ini akan menjadi lebih produktif dan efektif dalam mana-mana tugas yang mereka usahakan.
4-Kebolehan membaca emosi orang lain
Empati, iaitu kebolehan membayang dan menghayati emosi atau perasaan orang lain, merupakan kemahiran asas manusia. Orang yang menguasai kemahiran empati dapat membawa harmoni dalam interaksi sosial, iaitu menggambarkan apa yang diperlu atau diingini orang lain. Ini adalah empati yang mencerminkan prinsip bertimbang rasa, mempertimbangkan kebajikan dan kebahagiaan orang lain sebelum dirinya.
5-Kebolehan mengurus hubungan
Teknik mengurus hubungan, sebahagian besarnya, merupakan kemahiran mengurus emosi orang lain. Kebolehan ini adalah berkait rapat dengan populariti atau kualiti disanjungi, kepimpinan, dan kecerdasan interpersonal.
Orang yang menguasai dengan baik kemahiran mengurus hubungan akan dapat melaksanakan, apa jua mana aktiviti yang berhubungkait dengan interaksi dengan orang lain. Mereka ini merupakan bintang sosial di kalangan orang ramai.