Sunday, September 8, 2024
28.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Fizi Ali tamatkan zaman duda

    Penyampai radio Fizi Ali mengumumkan sudah menamatkan zaman duda dengan wanita pilihannya kelmarin.

    Fizi atau Mohd Fafizudin Alimudin, 36, menerusi Instagram miliknya turut memuat naik foto mengenakan pakaian serba putih dipercayai selepas majlis pernikahan mereka.

    Pasangan itu dipercayai melangsungkan pernikahan di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak, Selangor.

    Bagaimanapun Fizi tidak memberi butiran lanjut mengenai pernikahannya itu termasuk nama isterinya.

    Dalam pada itu, menerusi bahagian kapsyen foto berkenaan, Fizi meluahkan rasa syukur terhadap pernikahan tersebut.

    Fizi Ali selamat bernikah kelmarin. – mStar

    “Alhamdulillah syukur. Bermula satu perjalanan baharu dalam hidup kami,” katanya.

    Fizi mengucapkan terima kasih kepada pihak yang mendoakan kebaikan buat mereka.

    “Semoga doa-doa yang baik kembali semula dekat kalian,” ujarnya.

    Bagaimanapun, usaha mStar untuk mendapatkan kenyataan Fizi berhubung perkahwinannya itu gagal apabila panggilan yang dibuat tidak dijawab.

    Untuk rekod, Fizi pernah mendirikan rumah tangga dengan aktres Shakilla Khoriri pada 18 Februari 2018.

    Namun pasangan itu bercerai pada Disember 2021.

    Hasil daripada perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Ameena Sofia, 4 tahun. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda