Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Fizi enggan ulas isu perbalahan dengan Shakilla

    Penyampai radio Hot FM, Fizi Ali membawa anaknya, Ameena Sofia bersama anak tiri dan isteri ke taman tema air dan memuat naik gambar mereka.

    Dalam hantaran di Instagram, Fizi yang terpalit kontroversi apabila gambar perkahwinannya dikecam bekas isteri, Shakilla Khoriri selepas melihat mulut Ameena ditekup oleh anak tiri Fizi memohon maaf kepada kedua-dua anaknya.

    “Hari ini (semalam), daddy dan mama bawa anak-anak pergi taman tema air. Dari pagi, sampai ke malam jalan-jalan. Penat mereka duduk main air.

    “Tidurlah sayang. Awak berdua tak salah. Maafkan daddy dan mama kalau ada terkurang,” tulisnya di Instagram.

    Fizi ketika ditemui di satu medan selera di Petaling Jaya, bagaimanapun enggan memberikan sebarang komen mengenai perbalahan antaranya dengan Shakilla.

    “Nantilah saya kongsikan,” katanya kepada Harian Metro.

    Untuk rekod, Fizi dan Shakilla pernah berkahwin pada 18 Februari 2018 sebelum bercerai pada Disember 2021.

    Beberapa hari lalu, Fizi memberi kejutan kepada pengikutnya di Instagram apabila memuat naik gambar perkahwinan bersama wanita dikenali sebagai Tiz. – Agensi

    Fizi mohon maaf, enggan ulas isu perbalahan dengan Shakilla. – mStar
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...