Wednesday, March 26, 2025
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Fizi minta Shakilla selesai pertikaian fasal anak di mahkamah, bukan media sosial

    Penyampai radio Malaysia, Fizi Ali dilihat seakan membalas semula luahan pelakon Shakilla Khoriri berhubung isu membabitkan anak perempuan tunggal mereka di Instagram miliknya pada Sabtu. 
     
    Fizi atau Mohd Hafizudin Alimudin, 36, meminta bekas isterinya itu menyelesaikan sebarang pertikaian secara undang-undang dan bukannya di media sosial.
     
    Fizi turut meminta Shakilla tidak bersikap seperti kebudak-budakan dalam menyelesaikan hal berkaitan anak mereka di media sosial. 
     
    “Belah sana asyik cerita fasal hak-hak. Cari hak di mahkamah, kita ada undang-undang bukan merentan dekat IG.
     
    “Kalau tak puas hati lawan dekat mahkamah bukan media sosial. Apa perangai macam budak-budak,” katanya.
     
    Fizi mohon Shakilla (kanan) untuk tidak menyelesaikan masalah di media sosial. – hypebeast.com
    Fizi berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya.
     
    Dalam pada itu, tanpa berselindung Fizi menjelaskan tidak timbul isu isterinya iaitu Siti Zulaikha bertindak sebagai penjaga utama dan mendaftarkan persekolahan anak perempuannya iaitu Ameena tanpa pengetahuan Shakilla. 
     
    Jelas Fizi, dia juga berasa hairan apabila kebaikan isterinya walaupun hanya sekadar ibu tiri dipertikaikan orang ramai.
     
    Sementara itu, Fizi memberi amaran agar bekas isterinya tidak membawa ‘lari’ anak mereka kerana tahun ini adalah gilirannya menyambut Aidilfitri bersama Ameena.
     
    Usaha mStar untuk mendapatkan kenyataan daripada Fizi mengenai isu itu tidak berjaya apabila panggilan dan mesej dibuat tidak dibalas. – Agensi 
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda