Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Fizi, rakan niaga dilamun cinta?

    Penyampai radio Hot FM, Fizi Ali, 34, kini sedang mengenali hati budi wanita dikenali sebagai Tiz Ikha, namun hubungan masih di peringkat awal perkenalan.

    Fizi berkata, dia tidak takut untuk kembali mendirikan rumah tangga biarpun pernah melalui fasa keruntuhan rumah tangga.

    “Saya tak takut dilambung ombak, malah tiada masalah mahu berkahwin lagi. Ya, saya pernah meratapi apa yang terjadi dalam rumah tangga, terasa dunia sangat gelap.

    “Namun, sampai satu tahap saya tak mahu memikirkan perkara lalu dan mahu move on.

    “Jadi, saya tiada masalah dan sudah bersedia sekiranya bertemu jodoh. Doakan yang terbaik buat saya,” katanya kepada BH Online.

    Fizi tidak takut kembali mendirikan rumah tangga biarpun pernah melalui fasa keruntuhan rumah tangga. – Agensi

    Mengulas lanjut hubungan dengan Tiz, Fizi berkata, dia banyak menghabiskan masa bersama wanita itu kerana mereka mengusahakan perniagaan bersama.

    “Jika diikutkan, saya lebih fokus pada kerjaya dan anak, tetapi saya tidak menafikan sedang sibuk menjalankan bisnes bersama Tiz.

    “Saya dan Tiz menjalankan bisnes pakaian. Dia antara insan paling rapat dengan saya, buat masa ini.

    “Alhamdulillah, saya selesa bekerja dengan Tiz. Sebenarnya, Tiz ada perniagaan lain dan kami fikir mengapa tidak bekerjasama.

    “Saya tak pernah berniaga, jadi kenapa saya tidak mencuba peluang ini? Kami masih di peringkat perkenalan,” katanya ketika ditemui mengacarakan sidang media SoundCircus Weekender dibawakan oleh Art Of Speed Malaysia (AOSM) yang bakal berlangsung pada 4 dan 5 Mac depan.

    Mengenai perancangan mendirikan rumah tangga, Fizi menyerahkannya kepada ketentuan Allah.

    “Sememangnya, anak, Nur Ameena Sofia sudah beberapa kali berjumpa Tiz. Ameena memang cepat mesra, Tiz tiada masalah dengan Ameena,” katanya. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda