LONDON, 30 MAC – Tommy Fleetwood berkata beliau mahu Piala Ryder menjadi cahaya yang menyinari laluan sukan itu selepas COVID-19.
Pertembungan jadual berlaku bagi kejohanan di Eropah dan Amerika Syarikat yang dijadualkan di Whistling Straits pada bulan September.
Tarikh itu masih diragui kerana pandemik tetapi Fleetwood, yang berharap menjadi sebahagian daripada pasukan Eropah, percaya acara itu dapat berfungsi sebagai permulaan yang baik.
“Saya fikir ada peristiwa-peristiwa tertentu yang akan menjadi sesuatu yang menakjubkan untuk dunia dan Piala Ryder akan menjadi salah satu daripada cahaya di hujung terowong,” kata Fleetwood.
“Ia adalah satu perkara yang sangat menarik dari segi kelayakan itu. Bagi saya, lebih baik jika ia kekal seperti sekarang, jadi saya tidak keberatan sama ada ia dimainkan atau tidak.

“Tetapi kejohanana Piala Ryder adalah acara yang dimimpikan oleh orang ramai dan kadang-kadang ia hanya boleh berlaku sekali sahaja dalam seumur hidup setiap pemain.”
Kejohanan Masters dan PGA telah ditangguhkan kerana krisis COVID-19, tanpa ragu begitu juga Terbuka British turut terjejas.
“Saya fikir ada lima acara kejohanan besar terganggu dan Piala Ryder, apa sahaja yang berlaku demi kebaikan saya akan terimanya,” kata Fleetwood.
“Walau bagaimanapun, saya tidak tahu apa-apa. Kejohanan itu adalah antara yang diharapkan berlangsung dan kita akan melihat bagaimana keadaan itu berlaku dan bagaimana mereka merancang perkara itu.
“Mereka dalam perbualan setiap hari untuk melihat apa pilihannya. Apa pun yang berlaku, saya fikir mereka akan menjadi orang yang penting berada di depan.” – AFP