Fleetwood kembali beraksi setelah empat bulan sekatan

WASHINGTON, 23 JULAI – Tommy Fleetwood dari Britain, yang juga selaku naib juara kejohanan utama pada tahun 2018 dan 2019, akan kembali beraksi setelah sekatan akibat pandemik COVID-19 selama empat bulan esok di Terbuka PGA 3M AS.

Pemain berusia 29 tahun itu, yang berada di tempat kedua bersama pemain Ireland, Shane Lowry di Terbuka Britain 2019 di Portrush, akan kembali membuat pukulan pada pagi esok di TPC Twin Cities di Blaine, Minnesota.

Fleetwood, yang akan bermain bersama Dustin Johnson pemain nombor empat dunia dan bintang AS yang semakin meningkat, Tony Finau dalam dua pusingan pertama, yang juga menduduki tempat kedua pada Terbuka AS 2018 dan hanya ketinggalan satu pukulan di belakang Brooks Koepka di Shinnecock Hills.

Ini akan menjadi permulaan pertamanya sejak bulan Mac lalu untuk Fleetwood, pemenang Jelajah Eropah lima kali yang meraih pendahuluan 54 lubang pertamanya dalam Jelajah
PGA AS di Honda Classic empat bulan lalu.

Memerlukan pukulan birdie di lubang ke-72 untuk pusingan playoff dengan Im Sung-jae dari Korea Selatan, Fleetwood mengejarnya untuk menduduki tempat ketiga.

Sejak itu, dia telah menghabiskan sepanjang jelajah di rumahnya di England bersama isteri Clare dan anak lelakinya yang berusia 2 tahun, Frankie.

“Ini adalah masa bersama keluarga yang indah,” kata Fleetwood.

“Alangkah baiknya jika waktu yang kita miliki yang berada dalam keadaan yang berlainan pada masa ini, kita luangkan bersama keluarga adalah sesuatu yang mungkin tidak akan kita dapat lagi.”– AFP

Gambar fail pada 25 Februari lalu, aksi Tommy Fleetwood dari England melakukan pukulan semasa kejohanan Honda Classic di PGA National Resort and Spa di Palm Beach Gardens, Florida. – AFP