Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Flick akui lakukan kesilapan

    BERLIN, 21 SEPT – Jurulatih Jerman Hansi Flick dalam temu bual yang diterbitkan kelmarin mengakui dia melakukan kesilapan kerana meninggalkan Bayern Munich, berkata “Saya kadang-kadang bertanya kepada diri sendiri – mengapa ia berlaku seperti ini?”

    Flick, ketika ini bersama pasukannya sebelum pertemuan Liga Negara-Negara menentang Hungary dan England.

    Dia meninggalkan kelab itu pada Jun 2021 di tengah-tengah khabar angin dia berselisih dengan pengarah sukan Hasan Salihamidzic, walaupun menjadi salah seorang pengurus paling berjaya dalam sejarah Bayern.

    “Saya fikir saya akan melakukan satu atau dua perkara secara berbeza sekarang,” kata Flick kepada akhbar Frankfurter Allgemeine Zeitung.

    “Sudah tentu perbualan akan menjadi sesuatu yang baik, duduk di meja bersama-sama sekali lagi untuk membincangkan perkara dan mendengar pendapat masing-masing.”

    “Pada penghujung masa saya di Bayern, ada kalanya saya membuat keputusan salah. Sudah tentu ada saat-saat saya tidak adil kepada pasukan.”

    Mengambil alih sebagai jurulatih sementara selepas pemecatan Niko Kovac pada November 2019 dengan pasukan di tempat keempat, Flick mengetuai kelab itu merangkul treble bersejarah.

    Di bawah Flick, Bayern mengumpul 64 daripada 72 mata untuk menamatkan musim yang terganggu oleh COVID, sebelum merangkul gelaran Liga Juara-Juara keenam mereka dengan kemenangan 1-0 ke atas Paris Saint-Germain di Lisbon. – AFP

    Hansi Flick memberi reaksi semasa perlawanan bola sepak kelayakan Piala Dunia 2022 kumpulan J antara Jerman dan Romania di Hamburg, Jerman, pada 8 Okteber 2021 lalu. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...