Friday, October 18, 2024
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Flick puji prestasi Yamal

    BARCELONA, 26 JULAI – Jurulatih baharu Barcelona, ​​Hansi Flick kelmarin memuji prestasi pemain sayap remaja kelab Sepanyol itu, Lamine Yamal pada Euro 2024, dengan menyifatkannya sebagai menakjubkan.

    Yamal mencipta sejarah dalam perlawanan pembukaan negaranya menentang Croatia dengan menjadi pemain termuda pernah muncul dalam perlawanan Kejohanan Eropah pada usia 16 tahun 338 hari.

    Dia kemudiannya mencatat satu lagi sejarah dengan menjadi pemain termuda yang pernah menjaringkan gol di Euro ketika Sepanyol menang 2-1 pada separuh akhir menentang Perancis.

    Sepanyol seterusnya menewaskan England 2-1 pada perlawanan akhir untuk memenangi Euro keempat mereka pada 14 Julai lalu, hanya sehari selepas Yamal menyambut ulang tahun ke-17.

    “Dia telah melakukan tugas yang sangat hebat tahun lepas, dia banyak meningkat. Apa yang dia lakukan di Euro adalah sukar dipercayai,” kata Flick pada sidang media ketika dia diumumkan secara rasmi sebagai jurulatih baharu Barcelona.

    “Pemain hebat akan mengekalkan prestasi mereka dan kini perlu baginya untuk terus giat berusaha lagi.

    “Saya fikir dia seorang lelaki yang hebat. Saya bercakap dengannya sebelum ini, ketika saya tiba, dan dia kini berada dalam pasukan ini dan sudah tentu, dia memberikan kami detik-detik yang hebat sekali gus boleh memperbaiki diri dan menjadikan keadaan lebih baik. Dia berada pada tahap yang sangat baik,” ujarnya lagi. – AP

    Flick (kanan) dan Laporta bergambar ramai semasa pembentangan rasmi jurulatih baharu di Barcelona, ​​Sepanyol pada 25 Julai. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda