Wednesday, February 5, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Florida tutup pusat ujian COVID-19

    MIAMI, 30 JULAI – Florida akan menutup pusat ujian koronavirus hari ini, sehari selepas negeri itu melaporkan 216 kematian akibat penyakit itu, tatkala pihak berkuasa bersedia menghadapi ribut yang bakal melanda.

    Ribut Tropika Isaias dijangka melanda selatan negeri pada hujung minggu, menurut Pusat Hurikan Nasional, dan ia telah pun membawa angin dengan kelajuan 80 kilometer sejam.

    Pihak berkuasa berkata mereka akan bertindak dengan menutup semua tapak ujian COVID-19, yang telah dihambat oleh penangguhan – dari pukul 5 petang hari ini sehingga pemberitahuan lanjut.

    “Semua tapak mempunyai struktur statik termasuk khemah dan peralatan lain, yang tidak dapat bertahan angin kencang ribut tropika, dan mungkin mengakibatkan kerosakan kepada harta sekiranya tidak ditutup,” kata pegawai pengurusan kecemasan negeri dalam satu kenyataan.

    Florida telah muncul sebagai pusat penularan baharu koronavirus di Amerika Syarikat (AS). Jumlah kes disahkan baru-baru ini memintas New York dan menduduki tempat kedua di belakang California.

    Lebih daripada 450,000 orang telah dijangkiti virus itu di Florida, yang mempunyai 21 juta penduduk, sementara lebih 6,300 telah terkorban.

    Satu suku daripada kesemua kes Florida adalah di Miami. – AFP

    Gambar fail menunjukkan pekerja kesihatan menjalankan ujian koronavirus di tapak ‘pandu lalu’ di Pantai Miami, Florida. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda