Khamis, November 20, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Flydubai meterai perjanjian AS$13 bilion beli 75 jet Boeing

    DUBAI, 20 NOV – Syarikat penerbangan tambang rendah, Flydubai, menandatangani pesanan awal bernilai AS$13 bilion untuk 75 jet Boeing kelmarin, ketika syarikat penerbangan di bandar itu memperkukuh armada masing-masing sebelum berpindah ke sebuah lapangan terbang baharu dengan kapasiti penumpang terbesar di dunia.

    Flydubai milik kerajaan dan rakan penerbangannya bagi laluan jarak jauh, Emirates, menjadi pemeterai perjanjian utama di Pameran Udara Dubai minggu ini, acara terbesar di Timur Tengah yang menandakan rancangan peluasan mereka.

    Dubai, permata komersial Emiriah Arab Bersatu yang dipenuhi bangunan pencakar langit, bakal memulakan pembinaan lapangan terbang baharu dengan kapasiti sehingga 150 juta penumpang setahun, dijangka dibuka pada 2032.

    Lapangan terbang antarabangsa Dubai yang sedia ada mengumumkan rekod suku tahunan dengan 24.2 juta penumpang. Kemudahan itu telah menjadi yang paling sibuk bagi penumpang antarabangsa selama 11 tahun berturut-turut. – AFP

    Sebuah pesawat penumpang Boeing 737 yang dikendalikan oleh SCAT Airlines, di Pameran Udara Dubai di Dubai, Emiriah Arab Bersatu, pada 18 November lalu. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda