Khamis, November 20, 2025
28.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Flydubai tempah 150 pesawat Airbus

    DUBAI, 18 NOV – Syarikat penerbangan tambang rendah flydubai mengumumkan tempahan 150 pesawat Airbus A321neo hari ini, sekali gus lebih menggandakan saiz armadanya ketika syarikat itu meneruskan rancangan pengembangan agresif.

    Pengerusi flydubai, Sheikh Ahmed bin Saeed Al Maktoum, pada sidang akhbar sempena Pameran Udara Dubai berkata tempahan pertama dengan Airbus itu merupakan ‘langkah yang menarik dalam usaha memperluas dan mempelbagaikan armada’ syarikat berkenaan.

    Syarikat penerbangan milik kerajaan yang beroperasi di Dubai itu kini memiliki armada 95 pesawat Boeing 737.

    Sementara itu, di Pameran Udara Dubai yang sama, Etihad Airways yang berpangkalan di Abu Dhabi mengumumkan tempahan 16 pesawat Airbus, terdiri daripada enam A330-900, tujuh A350-1000 dan tiga A350F.

    Kelmarin, Emirates – yang dianggap sebagai syarikat sekutu flydubai – turut memeterai tempahan 65 pesawat Boeing dalam perjanjian bernilai AS$38 bilion pada pameran dwitahunan terbesar di Timur Tengah itu. – AFP

    Pesawat Airbus A350 terbang semasa Pameran Udara Dubai di Dubai, Emiriah Arab Bersatu kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda