Thursday, February 6, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Flying Scotsman bertembung dengan kereta api lain

    LONDON, 1 OKT – Beberapa orang cedera selepas Flying Scotsman, lokomotif wap bersejarah yang meraikan ulang tahun ke-100 tahun itu, terlibat dalam nahas berkelajuan rendah dengan sebuah lagi kereta api warisan di Tanah Tinggi Scotland, kata pihak berkuasa kelmarin.

    Muzium Kereta Api Negara berkata ‘insiden pemirauan’ berlaku di Stesen Aviemore, di Taman Negara Cairngorms pada Jumaat. Stesen itu adalah rumah kepada laluan kereta api warisan yang membawa pengunjung menaiki kereta api wap di utara Scotland.

    Lokomotif itu sering digambarkan sebagai enjin wap paling terkenal di dunia, dijadualkan melakukan perjalanan singkat hujung minggu ini dari stesen itu sebagai sebahagian daripada sambutan ulang tahunnya yang ke-100.

    Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Scotland berkata bahawa, pekerja kecemasan telah dimaklumkan pada malam Jumaat ‘berkenaan laporan pertembungan’ yang melibatkan dua kereta api di Aviemore. Polis Scotland berkata, kemalangan itu berlaku pada ‘kelajuan rendah’.

    Dua orang dimasukkan ke hospital sebagai langkah berjaga-jaga dan kecederaan mereka dipercayai tidak serius. Tiga lagi dirawat di tempat kejadian dan tidak memerlukan rawatan hospital. – AP

    Charles III berdiri di tepi Flying Scotsman, sebuah lokomotif bersejarah, di Stesen Kereta Api Pickering Heritage. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda