Sunday, May 11, 2025
31.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    F&N cadang beli baki saham Cocoaland RM488.15 juta

    KUALA LUMPUR, 3 JUN – Fraser dan Neave Holdings Bhd (F&N) bercadang untuk mengambil alih keseluruhan kepentingan ekuiti dalam Cocoaland Holdings Bhd yang belum dimilikinya dengan harga RM488.15 juta dan meneruskan penswastaan Cocoaland, yang akan dilaksanakan melalui skim pengaturan ahli.

    F&N dalam makluman kepada Bursa Malaysia kelmarin berkata, lembaga pengarah Cocoaland akan memberikan keputusan kepada F&N selewat-lewatnya 5 petang pada 17 Jun, 2022, mengenai sama ada untuk mengemukakan cadangan penswastaan kepada pemegang saham untuk pertimbangan mereka. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda