Sunday, December 22, 2024
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    FNV ugut mogok jika gaji tidak dinaikkan

    THE HAGUE, BELANDA, 8 SEPT – Kakitangan KLM Royal Dutch Airlines mengancam akan melancarkan mogok jika syarikat penerbangan itu tidak bertindak balas terhadap tuntutan kesatuan supaya gaji dinaikkan sebanyak 14.3 peratus, lapor Sputnik, memetik Persekutuan Kesatuan Sekerja Belanda (FNV) kelmarin.

    “FNV menuntut gaji dinaikkan sebanyak 14.3 peratus bagi mengimbangi inflasi pada 2023 dan indeks gaji automatik pada 2024.

    “Ultimatum FNV dihantar kepada KLM tamat pada Khamis, 14 September. Jika pihak pengurusan tidak melakukan sebarang tindakan pada tempoh itu, mogok akan berlaku,” menurut FNV dalam satu kenyataan.

    KLM sebelum ini menawarkan kenaikan gaji sebanyak sembilan peratus dalam tempoh dua tahun, dengan kemungkinan pelarasan inflasi sehingga dua peratus menjelang 1 Januari 2025.

    Bagaimanapun, FNV memaklumkan perjanjian buruh kolektif yang ditawarkan KLM kepada kakitangan adalah ‘tidak mencukupi’ kerana pekerja terus menghadapi persekitaran kerja yang semakin mencabar. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda